Thursday, June 23, 2011

BiarKan AKu..








     












aku adalah aku.
hanya ada nama..
ada hati...perasaan dan harga diri..
kekayaan,.harta bukan milik aku..xpernah ada..
hanya dosa dan pahala..

aku kejar akhirat..
tp dunia tak jua aku tinggalkan..

aku tiada rupa..
aku tak cantik..
tiada bentuk bdn menarik..
tapi apalah gunanya..
luaran tiptop dlm kosong..
aku ingin bercinta..
mencintai dan dicintai..
tapi siapalah aku andai tiada yang sudi..
atau yg ada pergi berlari tinggal aku sendiri..

aku tak lupa..
Allah itu ada...
aku tak sendiri...
jln aku sudah ada..sudah tertulis.
aku jua akan jalani..

Monday, June 20, 2011

Warna dan Penyakit..

nk kongsikan untuk kawan2 sekalian..
warna kdg2 boleh mempengaruhi suasana dan perasaan kita..antaranya kt sini..
MERAH
*leh hilangkan sakit kepala..try la bila sakit kepala,letakkan tuala lembap kt ats mata..tutup mata tw..hee..dikatakan dpt tingkatkan peredaran drh dan tingkatkan adrenalin dlm darah..
PINK
*elakkan insomnia..Warna pink boleh wujudkan suasana selesa dan romantik..untuk korang yang nk jiwang2..leh try..
BIRU
*sapa2 yg stress,fokuskan pandangan mata kpd warna biru..Biru selalu dikaitkan dgn ketenangan di samping dpt kurangkan tekanan darah..aku pn ske gak..agak2 nk ketenagan,g pantai..fuhh..show..dgn angin pntai yg sjuk..mmg tenang sgt..cm xde problem jerk..

apa lg..jap2 g pas bace ni korang try la k..:)

Thursday, June 9, 2011

aduh..pedas nya kata-kata

Wahai shbt..pernahkah kalian terfikir kata-kata yang dituturkan mungkin membuatkan org sekeliling terasa?
shbt yang disayangi..
tentu shbt2 ada dengar " berfikir dahulu sblum berkata-kata"..
itulah gunanya akal fikiran yang Allah SWT kurniakan kpd kita..
bkn bercakap ikut sedap ..ikut kata hati..
berdosa kita jika ada yang terasa dgn kata- kata kita tu..
sama juga jika kita merendah-rendahkan orang lain..kononnya kita lebih hebat..
jgn lupa Allah itu lebih hebat dari kita..hambanya yg hina ini..

Allah Ta'ala berfirman: "Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (an-Najm: 32)

Dari 'Iyadh bin Himar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memberikan wahyu kepadaku supaya engkau semua itu bersikap merendahkan diri, sehingga tidak seorangpun yang melanggar aturan terhadap diri orang lain, dan tidak pula seseorang itu membanggakan dirinya kepada orang lain." (Riwayat Muslim)

maka shbt2 sekalian..jgn lupa..kita hidup hanya sementara..jaga lah hubungan sesama insan.. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa..tidak jatuh harga diri seorang mmanusia dgn meminta maaf..
ingat-ingatlah..
kita hanya manusia biasa...

Wednesday, June 8, 2011

cUMA aDA aKU

Suatu wajah..
Tersenyum tiada duka..
Tertawa bahagia..
Tiada garis sendu ..
Apa lagi air mata..

Tapi tiada tahu..
Kaki melangkah kaku..
Hati beku..
Sunyi tanpa byg..
Tanpa dahan berpaut..

Tuesday, June 7, 2011

pg raBu

pg ni baru je selesai kerja untuk rujukan tnh..Kt court ni kod fail nya 15..mcm2 la jgak dpt ilmu drpd ni..antaranya..mcm mana tnh yang nk diambil itu dikira amaun pampasannya..setiap kerosakan kecil dan apa2 property yg terlibat akan diambil kira ,sbhgian drpd pampasan..Walau sebesar mana pun tnh tu, even rumah yang terlibat akan diambil tu buruk,bsr tu jmlahnya..dan ade satu lg,bila tnh atau property yg terlibat iu adalah gadaian kpd pihak bank,kerajaan akan settlekan dgn pihak bank. Baki jumlah gadaian tersebut adalah jumlah pampasan kpd pihak terbabit.
Sekiranya ada pihak-pihak yg tidak berpuas hati boleh mmbuat rayuan terhadap jumlah pampasan yang diterima. Biasanya ada 2 pihaak penilai yg akan mmbuat penilaian untuk jumlah pampasan iaitu pihak swasta dan kerajaan Apabila kes dibawa di hadapan hakim, Hakim akan menimbangkan atas penilaian pihak swasta dan kerajaan tersebut untuk jumlah pampasan..

haaa..Mcm best je dgr kn..lawyer bhgn ni pun akan mendpt byrn yg mhl..hehe..
sronok la jgak bila meneliti fail2 rujukan tnh ni..

Monday, June 6, 2011

alKISah..

Orang sekarang kalau ditanya "dah solat?"  Jawabnya "sekejap lagi la..awal lagi ni"..tak pun.."alah xpe..nanti boleh ganti.."
Masya Allah..mcm tak tahu agama..ini pengalaman aku ..Dalam bulan 4 yang lepas, adalah juga aku bekerja part time di sebuah kedai yang menjual air, CB.. di sebuah supermarket berhampiran dgn rumah..(maaf nama tempat sebenar terpaksa dirahsiakan ..huhU). konon-konon nk cari duet sikit..yelah..nk praktikal ni xdpt gaji..huhu.. Alkisahnya aku masuk kerja pukul 6 ptg sampai 10 mlm..hari biasa…maka habis kerja di Mahkamah Muar, terus la bergegas balik ..solat..sebelum ke tempat kerja tersebut..Mmg ramai la yang beli air kt tempat ni..sedap la kononnya..Lagipun tak byk tempat yang ada jual..Xmenang tgn jugak nk melayan pelanggan dgn pekerja yang tak sampai 5 orang..
Dalam perjanjian, kami diberi masa rehat 30 minit..Tapi aku cuma perlukan 15 minit untuk solat Maghrib..Selama 2 hari kerja ok lg la..mmg penat tp sronok ..Aku suka kerja kt tempat yang busy drpd xde org and just duduk je..Hari ketiga lg best sbb Zeema join..huhu..tp yang tak seronok, pada hari ketiga, bos bincang psl hari kerja sbtu dan ahad.. Tak dinafikan hari minggu mmg busy.. Bos kata, rehat 30 minit shj ok…tu ok lg..yang aku xleh thn bila dia kata,,"U tak pyh solat…U punya Tuhan pun phm..Ramai orang lorh.."..
Menyirap jer dgr..aku bertekak jap dgn bos.. Last2 dia bg solat tp jgn pergi time ramai orang and lau ramai ,tak pyh pergi..hmm..ada ke patut..Ada la budak melayu sorang ni jgak selain aku n zeema tp die diam jer..Rupanya dia pun xsolat..Ya Allah..apa lah nk jd..tak berkat tau duit gaji tu..
Last2..aku n Zeema wat keputusan utk berhenti..Mungkin bkn rezeki kami..sekurang-kurangnya kami tak langgar hukum Allah semata-mata nk cari duit..

L.A.P

Da lama tak update blog ni..busy..huhu..Sekarang ni sedang bercuti sem.5 bulan..wahh lama tak..tapi bukan la bermaksud tak buat apa-apa dalam 5 bulan ni..Sebenarnya sedang berpraktikal di Mahkamah Tinggi Muar. Bukan berseorangan..Tapi bertiga..Bersama Zeema yang cool dan Dayah yang peramah..Dan kami baru disertai dgn seorang member dr UTM yang menggelar dirinya Jejet..Maka jadilah kami 4 Dara Pinggitan..haha..bersama-sama melanguk, bergurau senda dan bekerjasama.
 Menimba ilmu praktikal di sini bukan mudah. Sebelum merasa sendiri berpraktikal di sini mcm-mcm versi da dengar. Tak byk kerja la..Banyak kerja la..Ada juga yang kata xde apa-apa sgt pun yang boleh dpt di mahkamah. Setelah berada di sini selama sebulan lebih, banyak juga yang kami dpt sebenarnya. Daripada uruskan surat-surat untuk dikembalikan kepada lawyers sampailah kepada prosedur-prosedur untuk memfailkan sesuatu tindakan..
Antara kerja-kerja yang mencabar utk kami..

·         Prosedur-prosedur bankruptcy
·         Prosedur lelong
·         Perbezaan untuk mode of starting action..

Bukan ape..tak pernah belajar..so agak mencabar..cam nk exam pun ada..huhu..Tapi yang paling seronok ialah pergi ke bilik fail dan baca fail-fail kes jenayah.. Nk tau kenapa? Huhu..tanya sama itu Dayah, Zeema and Jejet.. Kalau mereka nk bgtw la..haha..

Harap-harap selepas ini, sebelum berakhirnya 3 bulan ini kami dpt belajar lebih lg..Untuk bekalan masa akan dtg.. InsyaAllah...











gmbr2 sekitar praktikal di Mahkamah Tinggi Muar..huhu..
pantun ciptaan Zeema dan diriku..haha..
leh teka tak tmpal ktne??

tgh duk study kes ni..huhu

ada gaye TP x?

:)

suka-suki...




akan diupdate nnti ye kwn2..tunggu cerita-cerita seterusnya...