Thursday, July 7, 2011

bermadu..dpt payung emas?

Da lama sebenarnya cari hadith tentang payung emas kalau bermadu..tp stakat ni,xde yg aku jmpe..
Perlu diingat, hadis ialah sebarang perkataan atau perbuatan atau pengakuan yang datangnya daripada Rasulullah SAW, disampaikan kepada kita hari ini melalui riwayat demi riwayat bermula dgn sahabat, tabien, tabi' tabien dan seterusnya. Masalahnya matan hadis yang menyebut wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga bukanlah bermula daripada Rasulullah SAW dan tidak ada kena mengena langsung dgn baginda Rasul atau sahabat atau tabien atau tabi' tabien.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkena;, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988): “poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.”

Fakta sebenar tentang poligami seperti yang ditetapkan oleh undang-undang keluarga Islam di Malaysia pula ialah:
1. poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu;
2. permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan;
3. akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, laporan tentang keadaan kewangan suami dengan memberikan butiran lengkap mengenai segala komitmennya dan tanggungan kewangannya yang patut serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan.
4. pemohon perlu menyatakan sama ada telah mendapat atau tidak, izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri mengenai cadangan perkahwinan tersebut.


Dalam memberikan pertimbangan terhadap sesuatu permohonan poligami pula, Mahkamah akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang iaitu:
1. perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila;
2. pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru;
3. pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak;
4. perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri.

Berpoligami tak salah..tapi biarlah si suami itu adil dan mampu untuk beristeri lebih..
Perlu juga diingat, adil dari segi zahir iaitu harta dan nafkah zahir boleh dilihat..tp adil dari segi batin , perasaan dan layanan terhadap isteri2 tidak boleh diukur dgn apa jua sekalipun...

No comments:

Post a Comment